Perpuluhansangat mirip dengan pecahan. Perbezaannya ialah bahagian penyebutnya selalunya hanya melibatkan nombor-nombor 10, 100, 1000 dan lain-lain. Dalam perpuluhan, symbol titik (.) digunakan. Simbol titik ini bertujuan untukmemisahkan angka perpuluhan daripada setiap nombor bulat di sebelah kiri titik perpuluhan. Dalam menulis dan penyebut perpuluhan, satu perkara yang harus ditekan ialah nombor bulat iaitu nombor yang terletak di sebelah kiri titik perpuluhan dibaca seperti biasa seperti satu, sepuluh, seratus sebaliknya nombor yang terletak di sebelah kanan titik perpuluhan iaitu nombor perpuluhan dibaca satu persatu seperti enam, satu enam, enam dua satu. Lihat contoh:
Contoh-contoh lain: 0.4 - dibacasifar perpuluhan empat
0.04 - dibaca sifar perpuluhan sifar empat
1.4 - dibaca satu perpuluhan empat
1.14 - dibaca satu perpuluhan satu empat
11.14- dibaca sebelas perpuluhan satu empat
Pautan ke laman yang berkaitan dengan PERPULUHAN :
Pecahan ialah nombor nisbah bukan integer. Ia biasanya dinyatakan dalam bentuk :
dimana p dan q ialah integer tetapi qTIDAK BERSAMAAN = 0.
p disebut sebagai PENGANGKA q disebut sebagai PENYEBUT
Pecahan merupakan pembahagian sesuatu objek atau rajah. Ia biasanya digunakan untuk mewakili sebahagian objek atau rajah daripada KESELURUHANNYA.
Sebagai contoh : Sebiji kek dipotong 8 bahagian yang sama besar. Salah satu bahagiannya boleh diwakili dengan pecahan 1/8.
Pecahan juga digunakan untuk mewakili sebahagian daripada sekumpulan objek. Katakanlah bilangan guru pelatih lelaki dalam Unit Prasekolah ialah 13 orang. Jika jumlah guru pelatih dalam unit itu ialah 30 orang, pecahan lelaki dalam Unit Prasekolah boleh dinyatakan dengan 13/30 .
PAUTAN KE LAMAN WEB YANG BERKAITAN DENGAN PECAHAN :
Sistem perpuluhan atau sistem desimal merupakan sistem yang berasaskan 10. Tetapi ianya perlu disamakan dengan sistem pecahan atau nombor nisbah seperti yang kita belajar di sekolah mungkin anda akan berasa sedikit rumit. Hakikatnya, ada cara mudah yang boleh anda praktikkan dalam mencari nombor pecahan dan persamaannya dalam sistem desimal. Sebagai contohnya,untuk mencari nombor desimal bagi pecahan 10/11 mungkin terasa amat sukar sekali,betul tak?