Thursday, 6 October 2011

Peratus : Aplikasi dalam kehidupan seharian.

Antara aplikasi peratus dalam kehidupan seharian :

Potongan harga barangan di kedai.




Kita mendapat markah penuh dalam ujian.




Beras didapur mengandungi 5% beras yang telah hancur.


Pengenalan kepada PERATUS.

Peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 ( peratus bermaksud per seratus ). 

Ia sering ditandai dengan tanda peratus, %.

Sebagai contoh, 56% ( dibaca sebagai "lima puluh enam peratus" ) sama dengan 56 / 100 atau 0.56.

Pautan ke laman yang berkaitan dengan PERATUS :

http://www.mathgoodies.com/lessons/vol4/meaning_percent.html

http://youtu.be/x1w0c04c9uo








.

Perpuluhan : Aplikasi dalam kehidupan seharian.

Kita dapat lihat aplikasi dalam kehidupan seharian apabila :

Kita mengira duit syiling. Contohnya 20 sen = RM0.20.




Apabila kita menghidupkan radio dan set frekuensi yang menggunakan konsep perpuluhan.




Kita menimbang berat badan kita juga menggunakan nombor PERPULUHAN.



Pengenalan kepada PERPULUHAN.

Perpuluhan sangat mirip dengan pecahan. Perbezaannya ialah bahagian penyebutnya selalunya hanya melibatkan nombor-nombor 10, 100, 1000 dan lain-lain. Dalam perpuluhan, symbol titik (.) digunakan. Simbol titik ini bertujuan untuk memisahkan angka perpuluhan daripada setiap nombor bulat di sebelah kiri titik perpuluhan. 

Dalam menulis dan penyebut perpuluhan, satu perkara yang harus ditekan ialah nombor bulat iaitu nombor yang terletak di sebelah kiri titik perpuluhan dibaca seperti biasa seperti satu, sepuluh, seratus sebaliknya nombor yang terletak di sebelah kanan titik perpuluhan iaitu nombor perpuluhan dibaca satu persatu seperti enam, satu enam, enam dua satu. Lihat contoh:



Contoh-contoh lain:
0.4 - dibaca sifar perpuluhan empat 
0.04 - dibaca sifar perpuluhan sifar empat
1.4 - dibaca satu perpuluhan empat
1.14 - dibaca satu perpuluhan satu empat
11.14 - dibaca sebelas perpuluhan satu empat

Pautan  ke laman yang berkaitan dengan PERPULUHAN :

http://www.scribd.com/doc/8144679/perpuluhan-2
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perpuluhan
http://youtu.be/0GL87_AEVUg

Wednesday, 5 October 2011

Pecahan : Aplikasi dalam kehidupan harian.


Pecahan diaplikasikan dalam kehidupan seharian apabila:

Mendapat potongan harga di pasar raya.



Melihat jam yang menunjukkan pukul 12.30tengah hari , tetapi kita menyebut sebagai 
''Dua belas setengah tengah hari..''




Apabila kita melihat resepi untuk memasak , terdapat pecahan untuk kuantiti barang yang kita perlukan.



Pecahan : Operasi Bahagi

Cuba hayati dan fahami cara penyelesaian operasi bahagin untuk pecahan ini.











Pecahan : Operasi Darab

Secara am , kita boleh cari hasil darab pecahan dengan cara berikut :


 Contoh lain :