Thursday 6 October 2011

Peratus : Aplikasi dalam kehidupan seharian.

Antara aplikasi peratus dalam kehidupan seharian :

Potongan harga barangan di kedai.




Kita mendapat markah penuh dalam ujian.




Beras didapur mengandungi 5% beras yang telah hancur.


Pengenalan kepada PERATUS.

Peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 ( peratus bermaksud per seratus ). 

Ia sering ditandai dengan tanda peratus, %.

Sebagai contoh, 56% ( dibaca sebagai "lima puluh enam peratus" ) sama dengan 56 / 100 atau 0.56.

Pautan ke laman yang berkaitan dengan PERATUS :

http://www.mathgoodies.com/lessons/vol4/meaning_percent.html

http://youtu.be/x1w0c04c9uo








.

Perpuluhan : Aplikasi dalam kehidupan seharian.

Kita dapat lihat aplikasi dalam kehidupan seharian apabila :

Kita mengira duit syiling. Contohnya 20 sen = RM0.20.




Apabila kita menghidupkan radio dan set frekuensi yang menggunakan konsep perpuluhan.




Kita menimbang berat badan kita juga menggunakan nombor PERPULUHAN.



Pengenalan kepada PERPULUHAN.

Perpuluhan sangat mirip dengan pecahan. Perbezaannya ialah bahagian penyebutnya selalunya hanya melibatkan nombor-nombor 10, 100, 1000 dan lain-lain. Dalam perpuluhan, symbol titik (.) digunakan. Simbol titik ini bertujuan untuk memisahkan angka perpuluhan daripada setiap nombor bulat di sebelah kiri titik perpuluhan. 

Dalam menulis dan penyebut perpuluhan, satu perkara yang harus ditekan ialah nombor bulat iaitu nombor yang terletak di sebelah kiri titik perpuluhan dibaca seperti biasa seperti satu, sepuluh, seratus sebaliknya nombor yang terletak di sebelah kanan titik perpuluhan iaitu nombor perpuluhan dibaca satu persatu seperti enam, satu enam, enam dua satu. Lihat contoh:



Contoh-contoh lain:
0.4 - dibaca sifar perpuluhan empat 
0.04 - dibaca sifar perpuluhan sifar empat
1.4 - dibaca satu perpuluhan empat
1.14 - dibaca satu perpuluhan satu empat
11.14 - dibaca sebelas perpuluhan satu empat

Pautan  ke laman yang berkaitan dengan PERPULUHAN :

http://www.scribd.com/doc/8144679/perpuluhan-2
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perpuluhan
http://youtu.be/0GL87_AEVUg

Wednesday 5 October 2011

Pecahan : Aplikasi dalam kehidupan harian.


Pecahan diaplikasikan dalam kehidupan seharian apabila:

Mendapat potongan harga di pasar raya.



Melihat jam yang menunjukkan pukul 12.30tengah hari , tetapi kita menyebut sebagai 
''Dua belas setengah tengah hari..''




Apabila kita melihat resepi untuk memasak , terdapat pecahan untuk kuantiti barang yang kita perlukan.



Pecahan : Operasi Bahagi

Cuba hayati dan fahami cara penyelesaian operasi bahagin untuk pecahan ini.











Pecahan : Operasi Darab

Secara am , kita boleh cari hasil darab pecahan dengan cara berikut :


 Contoh lain :







Pecahan : Operrasi Tolak

Proses penolakan pecahan boleh dilakukan dengan penolakan pengangka-pengangka,apabila penyebut-penyebutnya adalah sepunya (sama).




Hayati dan fahami jalan kira ini :






Contoh lain pula :







Pecahan : Operasi Tambah

Secara am, penambahan pecahan boleh dilakukan dengan menambah pengangkanya apabila penyebut-penyebutnya adalah sepunya (sama).


Lihat dan hayati jalan penyelesaiannya ini :






Contoh lain :



Tuesday 4 October 2011

Pecahan Nombor Bercampur

Pecahan nombor bercampur ialah nombor yang terdiri daripada integer bukan sifar bersama dengan pecahan wajar. 
Contohnya :

Jenis Pecahan

PECAHAN WAJAR

Pecahan wajar ialah pecahan yang pengangkanya lebih besar daripada penyebutnya.
Contoh pecahan wajar :



PECAHAN TIDAK WAJAR

Pecahan tidak wajar ialah pecahan yang pengangkanya sama dengan atau lebih besar daripada penyebutnya.
Contohnya :













.

Pengenalan kepada PECAHAN.

KONSEP PECAHAN
Pecahan ialah nombor nisbah bukan integer. Ia biasanya dinyatakan dalam bentuk :


dimana p dan q ialah integer tetapi q TIDAK BERSAMAAN = 0.


p disebut sebagai PENGANGKA
q disebut sebagai PENYEBUT


Pecahan merupakan pembahagian sesuatu objek atau rajah. Ia biasanya digunakan untuk mewakili sebahagian objek atau rajah daripada KESELURUHANNYA.


Sebagai contoh :
Sebiji kek dipotong 8 bahagian yang sama besar. Salah satu bahagiannya boleh diwakili dengan pecahan 1/8.


Pecahan juga digunakan untuk mewakili sebahagian daripada sekumpulan objek. Katakanlah bilangan guru pelatih lelaki dalam Unit Prasekolah ialah 13 orang.  Jika jumlah guru pelatih dalam unit itu ialah 30 orang, pecahan lelaki dalam Unit Prasekolah boleh dinyatakan dengan 13/30 .



PAUTAN KE LAMAN WEB YANG BERKAITAN DENGAN PECAHAN :

http://p4tkmatematika.org/downloads/sd/Pecahan.pdf
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pecahan

http://youtu.be/iI9uYdTzO3g



.

Monday 3 October 2011

Sistem Perpuluhan

Sistem perpuluhan atau sistem desimal merupakan sistem yang berasaskan 10. Tetapi ianya perlu disamakan dengan sistem pecahan atau nombor nisbah seperti yang kita belajar di sekolah mungkin anda akan berasa sedikit rumit. Hakikatnya, ada cara mudah yang boleh anda praktikkan dalam mencari nombor pecahan dan persamaannya dalam sistem desimal. Sebagai contohnya,untuk mencari nombor desimal bagi pecahan 10/11 mungkin terasa amat sukar sekali,betul tak?
Saya Mat-Metik!!
Saya suka MATEMATIK !!